|
|
GERIK - Eco Tilapia Sdn. Bhd. (Eco Tilapia), peneraju teknologi ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Temenggor di sini, yakin untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ikan tilapia merah yang diternaknya kepada 4,400 sangkar ikan berbanding 600 sangkar sedia ada.
Pengarah Urusan Eco Tilapia, Mohd. Yussof Kassim berkata, melalui pembesaran operasi tersebut, ia akan mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.
"Sehingga kini, Eco Tilapia telah melabur lebih RM4.1 juta untuk menjalankan projek ternakan ikan tilapia yang menggunakan teknologi dari Australia itu.
"Kami yakin melalui permintaan yang tinggi terhadap ikan tilapia merah kini, ia akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi di kawasan sekitar," katanya kepada Kosmo! selepas meninjau operasi sangkar ternakan ikan Eco Tilapia di Banding, dekat sini semalam.
Mohd. Yussof menjelaskan, buat masa sekarang, Eco Tilapia yang memiliki 600 sangkar itu mampu menghasilkan 1,200 tan metrik ikan tilapia merah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: