Demikian reaksi pelakon Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang popular dengan watak Detektif Lim apabila dia diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di MPH Bookstore, Mid Valley Megamall di sini.
Mohd. Farid, 43, yang berdiri di kandang pesalah ketika keputusan dibacakan oleh Majistret Mohd. Faizi Che Abu hanya mendiamkan diri sambil sesekali menundukkan muka.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 1 Oktober depan bagi tertuduh memberi keterangan bela diri terhadap tuduhan tersebut.
Dalam penghakiman ringkasnya, Faizi berkata, mahkamah menolak hujah pembelaan setelah pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Menurut beliau, hujah peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif berhubung kegagalan pegawai penyiasat membuat lakaran tempat kejadian serta memanggil saksi kedua (Fadilah Mohd. Yusof) untuk dibuat rakaman percakapan ditolak kerana kedua-dua hanya merupakan bukti sokongan.
Mohd. Farid didakwa mencuri sebuah buku berjudul The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens berharga RM105 di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Dalam hujahan pembelaan, peguam mendakwa telah terputus rantaian bukti apabila pendakwaan gagal mengemukakan borang serah menyerah antara polis dan pihak kedai buku tersebut sehingga menimbulkan keraguan tentang identiti dua buah buku itu.
Bagaimanapun, Nurul Ashiqin dalam hujah balasnya mendakwa empat elemen telah mencukupi bagi mendakwa tertuduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Keterangan dua orang saksi telah membuktikan tertuduh mempunyai niat untuk mencuri buku yang merupakan milik MPH Bookstore dengan menanggalkan tanda harga dan pengesan bunyi sebelum keluar melepasi kaunter pembayaran," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: