
![]() |
| KERATAN Kosmo! 20 Ogos lalu. |
PORT DICKSON - Kesemua tujuh krew kapal tangki minyak dari Liberia, MT Formosa Product Brick yang terbakar di perairan Port Dickson Selasa lalu dijumpai rentung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua mayat mangsa ditemui di dek-dek berasingan dengan rangka terakhir dijumpai pada pukul 5.15 petang.
"Hanya satu mayat telah dikenal pasti oleh Ketua Jurutera kapal kerana mangsa memakai rantai leher emas," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa dipercayai terperangkap dan tersesat di dalam perut kapal kerana kebakaran menyebabkan kapal itu terputus bekalan elektrik serta-merta.
"Mangsa-mangsa terpaksa bergerak dalam keadaan gelap dan akhirnya terperangkap di tempat-tempat yang mereka rasa selamat," katanya.
Beliau berkata, dengan penemuan dua mayat kelmarin dan tujuh mayat baru semalam, operasi mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba Laut dan Polis Marin dihentikan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: