Tuesday, August 25, 2009

Barang kemas lesap 39 saat


SEORANG perompak memecah almari pameran.


LONDON - Barang kemas bernilai hampir £2 juta (RM11.6 juta) lesap dalam tempoh 39 saat dalam satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, tiga buah motosikal yang dinaiki oleh enam lelaki berhenti di luar kedai itu yang terletak bertentangan dengan pusat beli-belah Harrods.

Kumpulan perompak itu yang memakai topi keledar bergegas masuk manakala seorang perompak memecah almari pameran dengan menggunakan tukul besi.

Mereka kemudian mengambil sejumlah permata dan berlian sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian, dua staf wanita dan dua lelaki berada di dalam kedai. Mereka melarikan semua barang kemas," kata pengurus kedai, Sokol Salia.

Antara barang kemas yang lesap termasuk sebutir berlian berbentuk hati seberat 1.5 karat dianggarkan bernilai £500,000 (RM2.9 juta).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: