PUTRAJAYA - Usaha kerajaan dari pelbagai sudut untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing di negara ini terbukti berjaya, kata Ketua Pengarah Buruh, Datuk Ismail Abdul Rahim semalam.
"Hasilnya, populasi pekerja asing dalam dua bulan lepas berkurangan sebanyak 200,000 berbanding 2.1 juta pada Mei kepada 1.9 juta kini," katanya kepada Bernama.
Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah penguatkuasaan ketat peraturan, menyekat pengambilan baru buruh asing, memberi keutamaan kepada warga tempatan, menambah baik kondisi kerja di kilang-kilang bagi menarik pekerja tempatan dan pembekuan lesen kepada syarikat-syarikat penyumberan luar buruh asing.
Penyelarasan dan komunikasi lebih baik di antara pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan, kesatuan sekerja dan majikan banyak membantu, kata beliau.
Ismail berkata, Kementerian Sumber Manusia kini mengetatkan peraturan berhubung permohonan mendapatkan buruh asing oleh syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: