Wednesday, May 8, 2013

Korban simpang


ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Iswara yang remuk hingga mengorbankan Mohd. Khairuanuar dalam kemalangan di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Seorang lelaki terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di simpang empat Kampung Gong Duek, Hulu Besut pada kira-kira pukul 9.10 pagi semalam.
Mohd. Khairuanuar Hassan @ Shafie, 30, yang memandu Proton Iswara, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Cherang Melintang, Pasir Akar, Hulu Besut untuk menghantar tiga penumpang ke stesen bas ekspres di Jerteh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: