Bagaimanapun Izzue, 23, berkata, pada masa sama dia juga tidak sabar untuk bergelar suami serta melalui alam perkahwinan bersama wanita yang disayanginya itu.
"Berdebar jugalah dibuatnya, apa-apa pun saya berharap majlis perkahwinan kami akan berjalan dengan lancar.
"Tidak sabar rasanya mahu bergelar suami dalam membina rumah tangga. Semoga saya dan Awin dapat melalui susah senang bersama, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isini.
Bagaimanapun tambah Izzue, dia dan Awin masih belum merancang berbulan madu dalam masa terdekat ini memandangkan kerja-kerja penggambaran masih lagi belum selesai.
Izzue dan Awin akan diijabkabulkan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsinya akan diadakan pada sebelah tengah hari.
Menurut Izzue, seramai 100 orang yang diundang untuk menghadiri majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu.
Mengenai busana yang akan dikenakan pada majlis itu kedua-dua mereka akan memakai pakaian songket pada majlis akad nikah manakala pada acara resepsi pula mereka akan berpakaian Inggeris.
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat juga akan menaja persalinan pasangan itu bagi acara potong kek.
Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: