
PETUGAS-PETUGAS kecemasan memeriksa
jejambat Laluan M dekat Chafee, Missouri yang runtuh menghempap sebuah
landasan kereta api kelmarin.
CHAFFEE - Jejambat sebuah lebuh raya di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS) runtuh selepas dirempuh beberapa gerabak keretapi yang tergelincir dalam pelanggaran dengan sebuah tren kargo.
Pihak berkuasa AS berkata, tujuh orang cedera dalam kemalangan tersebut tetapi tiada yang parah.
Jejambat itu runtuh selepas sebuah kereta api Union Pacific melanggar sisi tren Burlington Northern Santa Fe di sebuah persimpangan landasan kereta api di sini.
Lembaga Pengangkutan Kebangsaan AS melancarkan siasatan berhubung nahas berkenaan yang berlaku pagi kelmarin.
Nahas itu berlaku seminggu selepas sebuah tren komuter tergelincir dan dilanggar tren lain di luar kota raya New York.
Insiden itu menyebabkan 70 orang cedera dengan perkhidmatan tren di sekitar kota metropolitan tersebut tergendala selama beberapa hari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: