Linda, 36, berkata, memiliki dua motosikal berkuasa tinggi iaitu Ducati Monster dan Harley Davidson, yang mencecah 1200 cc itu sememangnya bukanlah mudah untuk seorang wanita menyelenggarakannya namun ia cukup menyeronokkan.
"Motosikal berkuasa tinggi ini berat dan memerlukan penunggangnya memberikan fokus ketika di jalan raya. Pada mulanya saya memang takut tetapi kerana minat mendalam ia berjaya memberikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata," jelasnya.
Kata Linda, aktiviti itu juga dapat melepaskan tekanan selepas sibuk dengan pelbagai tugas sebagai penyampai radio dan usahawan.
Jelas Linda, mereka sering berkongsi maklumat tentang teknik penjagaan motosikal setiap kali berkumpul pada hujung minggu atau menyertai konvoi.
"Selain berkongsi maklumat tentang penjagaan motosikal dan mendapat kenalan baru, konvoi yang diadakan juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menjelajah ke kawasan yang jarang dikunjungi," katanya.
Berhasrat untuk memiliki motosikal Ducati Street Fighter dan Panigale pada masa akan datang, Linda bangga apabila aktiviti ini semakin mendapat perhatian daripada golongan wanita walaupun ia masih dipelopori kaum lelaki.
Bagaimanapun kata Linda, setakat ini dia tidak pernah menyertai mana-mana kelab motosikal berkuasa tinggi kerana ingin memperluaskan rangkaian kenalannya menerusi aktiviti tersebut yang dianggap semakin berkembang di Malaysia.
Linda juga memberitahu dia teruja dapat menyertai konvoi sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung pada minggu lalu.
Sebelum ini Linda pernah menyertai kempen penjelajahan bermotor Jelajah 1Malaysia siri ketiga dengan membawa tema Kami Prihatin Membanteras Pembuangan Bayi 2011, Jelajah 1Malaysia dan pelbagai konvoi lain seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: