Asmidar
Asmidar
BUKAN hanya memiliki bakat dalam bidang nyanyian, pemenang program realiti Vokal musim kedua, Asmidar kini mula berjinak-jinak melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Menurut Asmidar, langkah beraninya menceburkan diri dalam seni lakonan adalah bagi mempertahankan namanya dalam industri hiburan tempatan.

"Saya percaya dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu agar populariti saya dalam industri ini tidak tenggelam begitu sahaja.

"Saya sedar untuk menjadi artis yang yang popularitinya sentiasa kekal bukanlah mudah dan sebab itulah saya cuba luaskan kerjaya saya dalam bidang lakonan," katanya.