Monday, May 27, 2013

Sertai peraduan Hari Ibu Nestle


MENANGI hadiah utama percutian ke Pangkor Laut Resort dalam peraduan Nestle Mom and Me.


BERGELAR ibu merupakan satu pengalaman yang amat indah dan tidak ternilai harganya bagi seorang wanita.
Ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak pelbagai pengalaman ditimba seorang ibu.
Justeru, sempena sambutan Hari Ibu pada awal bulan ini, Nestle Mom & Me meraikannya dengan menawarkan hadiah-hadiah istimewa khas untuk kaum ibu menerusi Peraduan Facebook Hari Ibu Pertama bersama Nestle Mom & Me.
Sama ada anda mahu meraikan ketibaan si comel, ingin meluangkan masa bersama suami tercinta atau menikmati waktu santai bersama sahabat karib, ceritakan hasrat anda dengan tidak melebihi 30 patah perkataan untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat.
Dua pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian tiga hari dua malam ke Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor, Perak untuk dua orang bernilai RM3,000, manakala empat pemenang hadiah kedua bakal memenangi set produk penjagaan kulit Clarins yang bernilai RM1,000 setiap satu.
Selain itu, 10 pemenang sagu hati masing-masing akan membawa pulang set penjagaan sebelum dan selepas bersalin daripada Tanamera bernilai RM360.
Peraduan tersebut berlangsung dari 3 Mei sehingga 31 Mei 2013. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nestle Mom & Me di www.facebook.com/NestleMOMme. Bukti pembelian tidak diperlukan untuk menyertai peraduan ini.
Sebanyak 500 kisah pertama yang disiarkan di laman Facebook akan menerima satu pek 350 gram susu untuk ibu Nestle Mom & Me secara percuma daripada Nestle Products Sdn. Bhd.
Pihak penganjur akan menghubungi setiap pemenang dan penyertaan yang berjaya akan disiarkan di laman Facebook Nestle Mom & Me.
Nestle Mom & Me ialah susu formula yang dirumus untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: