Mendapat jolokan ‘jagung Janglau’ oleh penduduk tempatan dan pembeli, jagung terbabit memberikan pendapat lumayan kepada penjualnya.
Usahawan, Hasyimah Che Li, 40, berkata, jagung berkenaan lebih sedap berbanding jagung di tempat lain, menyebabkan ia mendapat permintaan menggalakkan.
“Ada yang kata jagung di sini lagi sedap dan manis daripada jagung di Cameron Highlands, sebab itu pendapatan kami pada musim jagung lebih tinggi.
"Bagi jualan jagung sahaja boleh cecah RM300 pada hari biasa dan RM1,000 sehari pada hari cuti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Hasyimah berkata, jagung yang dijual adalah hasil dari ladangnya sendiri yang diusahakan suaminya di atas tanah sewa.
“Saya berniaga di gerai, manakala suami saya berkebun di ladang dan hasil tuaian dia akan hantar ke sini.
“Tanah ladang itu kami sewa dengan Jabatan Pertanian sejak tahun lalu dan hasilnya sangat memuaskan,” katanya yang tinggal di Batu 4, Jalan Jawa.
Menurutnya, jagung Janglau juga terkenal di Johor dan orang dari sana ramai yang datang ke sini untuk membeli jagung berkenaan yang disifatkan mereka sangat sedap.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: