Wednesday, May 8, 2013
Mudahnya beli rokok seludup
KUALA LUMPUR - Penjualan rokok seludup di kedai-kedai runcit milik warga asing semakin berleluasa terutama di sekitar Jalan Chow Kit di sini sejak kebelakangan ini.
Rokok-rokok berkenaan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding rokok yang mempunyai permit iaitu antara RM3 hingga RM5 bagi sekotak berisi 20 batang.
Rokok yang mempunyai permit berisi 20 batang berharga antara RM8 hingga RM10.20 sekotak.
Difahamkan, rokok seludup itu datang dari negara Myanmar, China, Indonesia dan Kemboja.
Selain menyalahi undang-undang, kandungannya juga dikhuatiri mengandungi bahan kimia lebih berbahaya kerana ia diadun secara tidak terkawal dan boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa singkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: