Saturday, May 25, 2013
Hyundai pasang modul solar atas bumbung kilang
HYUNDAI Motor Company baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan memasang penjana kuasa photovoltaic terbesar pada bumbung kilangnya di Asan, Korea Selatan.
Langkah itu dibuat bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan membantu mengurangkan pemanasan global.
Tenaga yang dihasilkan oleh modul-modul solar di kilang Asan akan dibeli oleh Koperasi Tenaga Elektrik Korea (KEPCO). KEPKO kemudian akan menjual tenaga tersebut kepada kawasan-kawan berhampiran kilang termasuklah bandar Asan.
Bekerjasama dengan sebuah syarikat tenaga thermal, Korea Midland Power Co., Ltd. (KOMIPO), Hyundai merancang untuk memasang kira-kira 40,000 modul solar photovoltaic di atas bumbung kilangnya menjelang akhir tahun ini.
Pemasangan tersebut melibatkan 68 peratus kawasan bumbung. Tenaga yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 11.5 juta kilowatt setahun. Jumlah itu boleh membekalkan tenaga elektrik yang stabil kepada lebih 3,200 buah rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: