Saturday, March 2, 2013

Imigresen tahan empat wanita Vietnam


EMPAT wanita Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan ditahan di Taman Baiduri, Seremban semalam.


SEREMBAN - Jabatan Imigresen negeri menahan empat wanita warga Vietnam kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri di sebuah rumah di Taman Baiduri di sini semalam.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
Katanya, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan rumah berkenaan dijadikan lokasi wanita warga asing berlindung.
"Ketika serbuan, kita dapati rumah teres setingkat ini berkunci dan terdapat dua ekor anjing diletakkan di depan rumah.
"Kita terpaksa memecah masuk ikut pintu belakang dan pemeriksaan lanjut menjumpai empat wanita warga Vietnam sedang tidur di dalam bilik,"' katanya di sini semalam.
Ujarnya lagi, semua wanita tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan pihaknya menahan mereka untuk siasatan lanjut.
"Daripada siasatan awal, kita dapati wanita ini masuk ke negara ini sejak beberapa bulan yang lalu dan kita mengesyaki mereka bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di beberapa pusat hiburan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: