Sunday, March 31, 2013
Sanjay Dutt dihukum penjara
AKTOR filem Munna Bhai MBBS, Sanjay Dutt dikenakan hukuman penjara selama lima tahun oleh sebuah mahkamah di Mumbai, India setelah didapati bersalah akibat jenayah berat.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Agung India dijatuhkan hukuman itu kerana memiliki sejumlah senjata api. Dia dikehendaki melapor diri dalam tempoh empat minggu bermula minggu lepas.
Sanjay didakwa mengikut Akta Senjata Api kerana memiliki sepucuk pistol 9mm dan raifal AK-56. Kes tersebut tertangguh sejak 18 tahun lalu dan dia pernah menjalani hukuman penjara pada 2007.
"Saya sengsara hampir 20 tahun dan pernah berada dalam penjara selama 18 bulan (pada 2007). Jika mereka mahu saya sengsara lagi, saya kena kuat.
"Sebenarnya saya kecewa kerana isteri, tiga orang anak dan ahli keluarga saya turut menerima hukuman itu bersama-sama.
"Namun, saya menghormati sistem perundangan dan menerima hukuman itu walaupun dengan air mata. Saya akan habiskan semua filem secepat mungkin. Saya menghargai jasa semua orang dalam industri, media dan penyokong," kata Sanjay sebak.
Sanjay dikatakan memiliki senjata tersebut daripada pengganas yang melakukan serangan bom terburuk di India pada 1993 yang mengorbankan 257 nyawa.
Dia kini sedang menjalani penggambaran filem Sher, Zanjeer dan Policegirl.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: