Wednesday, March 27, 2013

Tanam sayur-sayuran di kawasan bersalji


ERNST melihat rumah hijau yang mengandungi pelbagai jenis tanaman di Kangerlussaq pada 5 Mac lalu.


KANGERLUSSAQ, Greenland – Ketua tukang masak di restoran Roklubben di sini, Kim Ernst menanam sayur-sayuran di dalam rumah hijau di kawasan yang sejuk.
Kangerlussaq merupakan sebuah kawasan yang diselaputi salji kerana ia terletak antara kawasan Artik dan Lautan Atlantik.
Ernst telah menanam pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba seperti ubi kentang, lada Benggala serta tomato.
Ekoran perubahan cuaca, penduduk tempatan menyatakan bahawa semasa musim panas, pelbagai tanaman boleh ditanam yang sebelum ini tidak pernah terfikir akan diusahakan di kawasan bersalji.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: