Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.
Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.
Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.
Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).
Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.
Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.
Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.
Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.
Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.
Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.
Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.
Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.
Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: