Saturday, March 2, 2013
Peragut parah kena belasah
JOHOR BAHRU - Seorang penagih dadah bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil ragut malah dia cedera parah selepas dibelasah oleh orang ramai yang geram dengan tindakannya meragut beg wanita hamil di Johor Jaya di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6.15 petang itu menyebabkan suspek berusia 27 tahun tersebut cedera di muka dan anggota badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Roslan Zainuddin, dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Joanne Lee, 20, turut cedera di lutut, badan selain bajunya terkoyak selepas terjatuh akibat diragut.
Mangsa dilaporkan masih trauma dengan kejadian itu namun kandungannya yang berusia lapan bulan terselamat.
"Suspek cuba melarikan diri hingga ke Jalan Rosmerah di Taman Johor Jaya tidak jauh dari tempat dia meragut namun gagal apabila dikepung dan dibelasah sekumpulan lelaki yang melihat kejadian tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: