Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 15, berkata, keputusan itu diambil kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik di antara pelajaran dan lakonan yang memerlukan komitmen tinggi.
"Saya pilih untuk utamakan pelajaran buat masa ini kerana sedar tidak dapat membahagikan masa dengan baik terhadap dua-dua perkara itu.
"Tambahan pula penggambaran mengambil masa lama dan bimbang pelajaran akan tercicir," jelasnya kepada mStar Online.
Fimie ditemui pada majlis pelancaran drama komedi berjudul Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, petang Khamis.
Drama 13 episod itu akan mula bersiaran pada 3 April ini pada setiap hari Rabu pukul 9 malam di TV1.
Dalam pada itu, Fimie berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk peperiksaan itu nanti namun berjanji akan melakukan terbaik demi masa depannya.
"Siapa yang tidak mahu mendapat semua A dalam PMR tetapi saya tidak terlalu mengenai sasaran sebaliknya ingin belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik pada peperiksaan itu nanti," katanya.
Sementara itu, Fimie berkata, walaupun berehat daripada dunia lakonan buat seketika namun kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan 'The Bee Sings' akan tetap diteruskan.
Bagaimanapun kata Fimie, undangan nyanyian hanya akan diterima pada hujung minggu sahaja bagi tidak menggangu sesi persekolahannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: