Malah sehingga ke saat ini, finalis Dewi Remaja 2010/2011 ini merasakan dirinya masih belum mencapai tahap yang membanggakan.
Menurut anak kelahiran Pulau Pinang ini, usia dua tahun yang dilalui masih belum melayakkan dirinya dikenali ramai dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.
"Saya tahu, saya bukan popular pun. Ramai lagi masyarakat di luar sana yang belum mengenali saya dan menyedari kehadiran saya dalam industri.
"Lagipun, saya tidak memiliki laman sosial khas ataupun kelab peminat seperti yang dilakukan rakan artis lain untuk peminat mereka.
"Pun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus bekerja. Bagi saya, lama-kelamaan, masyarakat akan memandang hasil kerja itu dan saya tidak terdesak untuk mengejar populariti," katanya yang kini muncul menerusi drama slot Samarinda, Bangkitnya Seorang Perempuan, di TV3. Menerusi drama itu, Anzalna turut bekerjasama dengan barisan pelakon hebat, termasuklah Faradhiya, Eina Azman, Haleeda dan Ryzal Jaafar.
Tolak watak antagonis?
Akui lebih selektif bagi mengelakkan dirinya dilabel artis stereotaip, Anzalna kini berjinak-jinak untuk menggalas watak yang berbeza.
Jika selama ini, Anzalna lebih dekat dengan watak antagonis, kini pelakon filem, Sepah The Movie ini memilih untuk watak yang lebih naif.
"Mungkin juga kerana watak jahat, saya tidak berapa dikenali dan penonton hanya melihat saya dari sisi antagonis sahaja.
"Jadi, saya ingin tampil dengan watak-watak berlainan agar penonton boleh menilai sejauh mana tahap lakonan saya.
"Lagipun sebagai pelakon, kita tidak boleh melihat satu watak sahaja dan harus berani mencuba watak lain demi kepuasan penonton," katanya yang turut berhasrat untuk menjulang mana-mana trofi dalam industri hiburan.
Butik online
Tidak terlalu berharap sepenuhnya dalam dunia seni, Anzalna turut menceburi bidang perniagaan yang menjadi minatnya sebelum ini.
Tampil dengan butik perniagaan pakaian wanita, Hermanas 5, Anzalna memberitahu, perniagaan itu baru sahaja dilancarkan pada awal Mac lalu.
"Perniagaan ini diuruskan bersama keluarga. Pada peringkat awal ini, saya hanya menjual menerusi online sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: