Nora turut meluahkan perasaan gembira dan mengharapkan yang terbaik buat Fasha dan bayinya.
"Terus terang saya gembira kerana selepas ini Rayqal ada kawan baru," tutur Nora.
Walaupun pernah bermasam muka dengan Fasha sebelum ini, Nora menyatakan dia tidak mahu perkara lepas diungkit kembali.
"Fasha ibarat kakak saya sendiri, saya harap semuanya berjalan lancar," katanya.
Ternyata, hubungan Fasha dan Nora kini semakin baik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: