Pengarah siri berkenaan, Norsahlawani Mohd Salleh berkata, perkara itu dititikberatkan selepas menyedari golongan muda pada ketika ini lebih cenderung menggunakan bahasa 'rojak' dalam percakapan seharian.
"Adalah menjadi satu kebimbangan apabila bahasa Malaysia semakin terhakis kerana penggunaan bahasa 'rojak'' yang berleluasa di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda.
"Menerusi drama komedi ini selain dapat berhibur pada masa sama kita dapat mempelajari penggunaan bahasa kebangsaan itu dengan tepat," jelasnya semasa sidang media program itu di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis.
Musim pertama Kelas Sebelah akan bersiaran sebanyak 13 episod dan menampilkan pelakon seperti Jaafar Onn, Mya Matahari, Fimie Don, Dotty dan Zizan Nin
Dalam pada itu, Norsahlawati berkata, pelbagai masalah sosial remaja juga akan dipaparkan dalam bentuk komedi selain menekankan aspek bahasa dalam pengisiannya.
Pihaknya turut menyasarkan 95 peratus penonton dari golongan pelajar dan berharap mesej yang ingin disampaikan tercapai.
"Walaupun ia berbentuk ilmiah tetapi unsur komedi diyakini dapat membantu menarik perhatian penonton," katanya.
Kelas Sebelah mengisahkan mengenai pelajar kelas 4 Harapan yang mempunyai pelbagai masalah sehingga tampil seorang guru baru iaitu Cikgu Azman (Zizan Nin) yang berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: