Sunday, March 31, 2013

Tanah runtuh timbus 83 pekerja lombong


BEBERAPA buah jentera berat cuba mengalihkan batu dan lumpur di lokasi tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di wilayah Maizhokunggar, timur Lhasa pada Jumaat lalu.


BEIJING - Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tibet pada Jumaat lalu menimbus 83 orang pekerja di sebuah lombong emas.
Tanah sebanyak dua juta meter kubik dikatakan runtuh dan menimbus kem pekerja malang terbabit melibatkan kawasan seluas tiga hingga empat kilometer persegi di wilayah Maizhokunggar, timur Lhasa, lapor agensi berita Xinhua.
Kira-kira 1,000 anggota polis, bomba dan doktor, bersama 200 buah jentera, peralatan menyelamat serta 15 ekor anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian,.
Setakat ini, pasukan penyelamat baru menemui satu mangsa yang terperangkap. Masng merupakan pekerja syarikat China National Gold Group Corporation yang majoritinya berbangsa Han.
Presiden China yang baharu, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan supaya operasi menyelamat dilakukan sebaik mungkin.
Tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan. Kawasan berbukit di Tibet sememangnya terdedah kepada masalah tanah runtuh berikutan aktiviti perlombongan yang berleluasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: