Sunday, March 31, 2013

Vuvuzela tarikan terbaharu Sunway Lagoon

SUNWAY LAGOON sentiasa mendapat tumpuan hangat pengunjung dari seluruh negara walaupun terdapat banyak taman tema seumpamanya sekarang.


MERANCANG percutian atau menikmati masa terluang untuk berseronok, tentunya memerlukan satu tempat yang menjanjikan kepuasan.
Keseronokan yang dialami pasti unik dan berbekas dalam memori jika rasaelemen takut, seram, seronok, dan teruja bercampur-baur dalam sekali cuti.
Bagi anak-anak di desa, bermain sungai dan perang-perang sudah cukup. Namun bagi penduduk bandar, Sunway Lagoon menjanjikan sesuatu.
Status sebagai taman tema pertama negara ini membuatkan pihak pengurusannya sentiasa menyediakan tawaran yang terbaik, terkini dan unik.
Menurut Penolong Pengurus Sunway Lagoon, Adron Leow, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memberikan keseronokan kepada pengunjung.
“Tanah seluas 35.61 hektar ini juga mempunyai kawasan hutan yang ditanam sejak 30 tahunlalu.
“Kawasan hutan ini dijadikan tapak untuk Taman Hidupan Liar tanpa menjejaskan kawasan hutan yang ditanam,” ujar Adron.
Jelasnya, demi memuaskan hati pengunjung, Sunway Lagoon sentiasa mencetuskan keseronokan baharu yang tidak terdapat di taman tema lain.
“Kita baru sahaja membuka gelongsor airterbesardunia yang dipanggil Vuvuzela.
“Tiub dengan diameter 22 meter dan panjangnya 152 meter, para pengunjung akan mengalami satu keadaan yang seakan-akan tiada graviti,” ujarnya.
Tambahnya, ruang Vuvuzela yang besar dan tinggi tentunya akan menghasilkan daya tolakan yang lebih kuat dan pergerakan pelampung yang dinaiki juga lebih mencabar.

TERDAPAT lima bahagian di Sunway Lagooniaitu Taman Air, Hiburan, Hidupan Liar,Ekstrem dan Taman 'Menjerit'.


“Vuvuzelasetinggi 23 meter atau setinggi bangunan 11 tingkat ini boleh dinaiki oleh enam orang untuk satu pelampungpada satu-satu masa,” jelas Adron.
Menurutnya lagi, Sunway Lagoon juga mempunyai panggung 5D yang pertama di dunia.
“Ruang ini boleh memuatkan seramai 36 orang penonton untuk setiap sesi tayangan. Penonton akan menikmati elemen bunyi, cahaya, sentuhan dan rasa.
“Sekiranya anda memasuki panggung ini, akan dipertontonkan dengan satu tayangan berserta unsur bunyi yang penuh aksi,” katanya.
Selain itu kata Adron, penonton akan merasaikesan asap, kabus, dan pancutan air semasa menonton filem dalam panggung 5D itu.
“Penonton akan leka melayan rasa takut, gusar dan teruja dengan kesan bunyi dan cahaya, namunperasaan tersebut akan terhenti dengan kejutan apabila percikan air yang keluar tiba-tiba dari segenap ruang tepi panggung.
“Tiada jaminan yang anda akan keluar daripada panggung ini dengan keadaan kering,” katanya yang mahukan pengunjung merasai sendiri keseronokan tersebut.
Bekas tapak lombong ini pernah memenangi anugerah Asia's Best Attraction selama empat tahun berturut-turut (2007-2010) yang dianugerahkan oleh International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA).
Pada awal pembukaannya pada tahun 1992, taman tema ini hanya bermula sebagai taman tema air.
Namun, setelah lebih 20 tahun, terdapat lima taman atau bahagian yang terdapat di sini iaitu Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem dan Taman ‘Menjerit.’
Adron menyarankan kepada pengunjung yang meminati cerita seram dan aksi supaya memasuki Scream Park.
Katanya, Scream Parkpasti membuatkan sesiapa sahaja menjerit ketakutan.
“Setiap jeritan yang datang daripada pengunjung adalah disebabkan tema ketakutan yang berbeza pada setiap tahun.
“Pada tahun ini, kita mengetengahkan konsep zombi,” ujarnya.

PANGGUNG 5D yang pertama di dunia yang pasti membuatkan anda berdebar.


Taman tema yang berkonsepkan Afrika ini juga sesuai untukyang mendambakan untuk mencuba bermain sukan luncur air.
Adron berkata, Sunway Lagoon turut memperkenalkan Flow Rider pada tahun 2010.
“Flow Rider merupakan satu simulator yang menyediakan ombak buatan yang membolehkan pengunjung melakukan luncur air,” jelasnya.
Katanya lagi, pengunjung perlu datang sendiri ke Sunway Lagoon untuk merasai sendiri gambaran yang diceritakan.
“Kami percaya, para pengunjung akan mendapat satu pengalaman dan keseronokan yang menakjubkan.
“Keseronokan yang pertama, terkini dan unik yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata boleh didapati di sini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: