Friday, March 29, 2013
Hari Sarapan Malaysia bersama Milo
TERKENAL dengan produk minuman sejak 60 tahun lalu, jenama minuman Milo sentiasa mendidik serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan keperluan makanan berkhasiat untuk seluruh rakyat Malaysia.
Dikenali sebagai peneraju minuman nutrisi di Malaysia, Milo melancarkan Hari Sarapan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei nanti di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.
Melalui sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia itu, pihak Milo cuba memecahkan rekod Guinness World Book of Records dengan pengambilan minuman malt coklat terbanyak dalam satu hidangan sarapan.
Dalam usaha itu, Milo telah melaksanakan Gerakan Sarapan Milo di seluruh negara bagi menyampai serta memperkukuhkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi.
Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh memberitahu, bagi permulaan tahun 2013, pihaknya telah menetapkan satu misi iaitu memberitahu kepada umum mengenai sarapan pagi yang ideal bagi rakyat Malaysia.
“Kempen Gerakan Sarapan Milo memberi peluang kepada kami untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara.
“Menerusi laman web Milo, kami menyalurkan informasi mengenai objektif, fakta dan panduan bagi gaya hidup sihat serta memberi idea mengenai idea penyediaan sarapan pagi yang lebih menarik,” ujarnya dalam ucapan majlis perasmian Hari Sarapan Malaysia bersama Milo di Hotel Westin Kuala Lumpur baru-baru ini.
Resipi sihat Milo
Pada majlis itu, Chef Sabri Hassan telah diundang untuk menunjukkan demonstrasi penyediaan beberapa resipi mudah untuk sarapan pagi iaitu Swiss Muesli dan pankek dengan garapan produk Milo.
Resipi idea olahan Master Chef Sabri itu turut mendapat penjelasan maklumat kandungan nutrisi dan manfaat yang diperoleh daripada pengambilan sarapan yang penuh bertenaga oleh Pakar Nutrisi Nestle, Nurul Illani Ahmad.
Menurut Nurul Illani, pengambilan sarapan pagi merupakan amalan terbaik yang perlu diamalkan oleh setiap individu.
“Mengambil perumpamaan seperti sebuah kereta, ia perlu diisi minyak untuk memulakan perjalanan pada setiap hari. Sama seperti manusia, kita perlu mengambil sarapan sebelum memulakan hari untuk memberi tenaga kepada kita,” ujarnya.
Sempena Hari Sarapan Malaysia nanti, Milo akan menyumbangkan 20,000 pek sarapan pagi secara percuma. Pengunjung yang hadir juga boleh menyertai Larian Sarapan sekitar UPM sebagai langkah sokongan jenama tersebut dalam amalan gaya hidup sihat.
Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: