Monday, May 9, 2011

YPC beri hadiah kecemerlangan


Syed Ali Al Habshee (kiri) menyerahkan replika sumbangan cek kepada Fauzi Hamdan untuk Festival Hari Guru 2011 di pejabat YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) sekali lagi menunjukkan keprihatinannya dalam bidang pendidikan dengan memberi sumbangan wang tunai kepada pelajar cemerlang peringkat negeri Sarawak.

Hadiah sumbangan YPC itu diadakan sempena Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 16 Mei ini.

Pengerusinya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, YPC sememangnya sangat menyokong aktiviti berkaitan pendidikan terutamanya dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

"Festival Hari Guru anjuran Utusan Melayu (M) Berhad merupakan antara aktiviti yang mampu memberi kebaikan kepada penduduk setempat untuk melihat dengan lebih dekat dan bersama memeriahkannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek sumbangan YPC kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, ia juga adalah untuk menghargai sumbangan guru-guru dalam memberi komitmen memajukan anak bangsa serta memberi pendidikan terbaik untuk melahirkan pelajar cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: