Tuesday, May 24, 2011

Vads komited pikat 500 pelanggan

BERHUBUNG...Zamzairani dan Anne berbincang menerusi perkhidmatan Telepresence Terurus bersama wakil Cisco di Singapura.
BERHUBUNG...Zamzairani dan Anne berbincang menerusi perkhidmatan Telepresence Terurus bersama wakil Cisco di Singapura.

VADS Berhad (Vads), anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) komited mencapai 500 pelanggan syarikat bagi tempoh tiga tahun untuk menggunakan perkhidmatan Telepresence Terurus yang bakal dilancarkan Julai ini dengan sasaran pertumbuhan dua angka dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ghazali Omar berkata, perkhidmatan itu bukan hanya ditawarkan kepada pelanggan di negara ini, malah memberi kelebihan kepada syarikat multinasional yang boleh melanggan perkhidmatan itu bagi pejabat mereka di seluruh rantau ini.


“Sasaran kami ialah memperkenalkan perkhidmatan ini kepada kira-kira 500 pelanggan di seluruh negara kerana ia adalah masa sesuai bagi kami menawarkan perkhidmatan ini dalam era teknologi yang dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan Cisco untuk membina ibu sawat Telepresence pertama di negara ini, di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Pengerusi Vads, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa dan Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham.


Vads akan menawarkan perkhidmatan menerusi kerjasama dengan Cisco dan dibawah kerjasama itu, Vads akan membina prasarana pusat pertukaran Telepresence (TPX) yang akan saling berhubung dengan TPX global lain bagi membolehkan pelanggan tempatan berhubung ke luar Malaysia untuk menjalankan telepersidangan dengan pekerja, rakan kongsi atau pembekal perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: