Tuesday, May 24, 2011

Gabby kecewa difitnah

GABBY berkahwin dengan bekas pemain ragbi Scotland, Kenny Logan,
GABBY berkahwin dengan bekas pemain ragbi Scotland, Kenny Logan,

DIA berikrar akan melakukan apa saja untuk melindungi keluarga-nya. Tetapi, pada masa sama, katanya, dia tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang menggunakan laman sosial untuk menyebarkan pembohongan.

Hos rancangan Final Score terbitan BBC itu berkata: “Nama saya dikaitkan dengan orang lain, menuduh saya melakukan sesuatu yang jelas tidak benar. Akhbar mengetahui ini dan mereka menyiarkannya dengan berkata ia tidak benar. Tetapi ini berlaku kerana wujud ‘sekatan ‘super’ dan orang ramai ingin tahu siapa yang terbabit.”

  • Foto

    ALAN Shearer, bekas ketua pasukan bola sepak England.

  • Foto

    GABBY bercakap mengenai kekecewaannya dalam rancangan Daybreak.

Bercakap dalam ranca-ngan Daybreak terbitan ITV, dia berkata: “Akhbar jelas berpendapat ia tindakan menyekat kebebasan ber-suara. Memang benar. Tetapi bagaimana anda hendak mengawasi Internet?”

Ibu dua anak itu yang berkahwin dengan bekas pemain ragbi antarabangsa Scotland, Kenny Logan berkata, reputasinya tercemar dengan dakwaan palsu yang mengaitkannya dengan bekas bintang bola sepak, Alan Shearer.


Dia memberitahu penyampai Adrian Chilles: “Menyebarkan fitnah mengenai orang lain dan berbohong mengenai keluarga mereka - saya tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalangnya.


“Saya melindungi keluarga saya habis-habisan dan saya boleh menerima perbuatan seumpama itu. Tetapi saya tidak boleh bertindak untuk menyaman setiap orang dalam Twitter. Ia akan menjejaskan orang yang tidak melakukan kesalahan.”
Gabby muncul dalam rancangan itu untuk mempromosikan Minggu Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan yang dia menjadi dutanya.

Dia meluahkan perasaannya selepas seorang selebriti lain menjadi mangsa khabar angin palsu dalam Twitter hujung minggu lalu.

Seorang pengguna yang tidak dikenali mendedahkan orang terkenal yang mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang laporan mengenai kehidupan peribadi mereka tersilap apabila mendakwa selebriti, Jemima Khan menyekat penyiaran gambarnya de-ngan penyampai rancangan Top Gear, Jeremy Clarkson.

Jemima, menjawab dakwaan itu menerusi mesej dalam Twitter yang berbunyi: ‘Khabar angin kononnya saya mendapatkan perintah melarang penyiaran gambar ‘intim’ saya dengan Jeremy Clarkson. TIDAK BENAR!”

Pengguna yang membuat dakwaan palsu itu menggunakan laman berkenaan yang boleh dibaca oleh oleh sesiapa saja secara online, dalam usaha untuk mendapatkan arahan supaya larangan yang dikenakan terhadap media ditarik balik.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai penggunaan larangan dan ‘larangan super’ yang kewujudannya tidak boleh dilaporkan, bagi menghalang penyiaran maklumat mengenai kehidupan orang terkenal.

Setiausaha Kebudayaan, Jeremy Hunt berkata semalam, Twitter mempersenda undang-undang privasi dan berikrar untuk mengkaji bagaimana cara untuk mengemaskinikan peraturan baru itu.

Perdana Menteri, David Cameron juga menyuarakan amaran mengenai cara hakim dan bukan parlimen mewujudkan undang-undang baru mengenai privasi dengan membenarkan sekatan seumpama itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: