
SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menyelesaikan 66 kes penipuan yang didalangi sindiket fly-by-night dengan tertangkapnya tiga anggota kumpulan itu melibatkan rampasan bernilai RM55,000 di sekitar Lembah Klang pada 29 April lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, hasil maklumat orang ramai, polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah tempat di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya.
Setelah disoal siasat, semua suspek yang berusia antara 30 hingga 58 tahun itu membawa polis ke sebuah tempat di Winner Heights, Desa Petaling, Kuala Lumpur dan polis merampas beberapa barangan kes yang antara lain 200 gulung paip, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba dan tiga cop syarikat yang keseluruhannya bernilai RM55,000.
Beliau berkata, polis juga menemui beberapa dokumen seperti buku cek, sebut harga, invois serta slip bank dari tempat itu.
"Kerugian yang dialami mangsa-mangsa sindiket ini sejak Jun 2009 hingga April 2011 ialah sebanyak RM1.66 juta di seluruh negara," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: