Tuesday, May 10, 2011

Siaran BabyTV terbaharu di Astro


SHAHRIZAT (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran siaran terbaharu Astro di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (Astro) kini menawarkan saluran terbaharu televisyen untuk bayi dan kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun yang dinamakan BabyTV.

Menurut Ketua Measat Broadcast Network Systems yang juga syarikat subsidiari Astro, Henry Tan, BabyTV yang bersiaran selama 24 jam melalui program-program yang memiliki kandungan yang direka khusus untuk pembangunan awal kanak-kanak itu boleh didapati di saluran 618 bermula semalam.

Saluran tersebut dibawa oleh Fox International Channels (FIC) yang merupakan perniagaan multimedia News Corporation dengan kerjasama Astro.

“Penyelidikan pasaran daripada FIC mendapati terdapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk kandungan program yang membangunkan dan merangsang minda penonton kecil.

“BabyTV menambahkan lagi kepelbagaian tawaran program berkualiti di Astro, seterusnya memenuhi keperluan setiap lapisan usia pelanggan kami,” katanya pada majlis pelancaran BabyTV di sini semalam.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: