Tuesday, May 10, 2011

Terpaksa makan buah pinang


MUHD. KHAIRUN (tiga dari kiri) berbual dengan Rimban (tiga dari kanan), Jeri (dua dari kiri) dan Richi (kanan) yang dizalimi majikan semasa bekerja di Papua New Guinea.


KUALA LUMPUR - Tempoh 17 hari menjadi mangsa penindasan dan penganiayaan majikan di Kimbe, Papua New Guinea merupakan pengalaman pahit buat tiga rakyat Malaysia.

Kesemua mangsa yang berketurunan Iban dan berasal dari Kapit, Sarawak iaitu Rimban anak Mawang, 49, Jeri anak Ebet, 47, dan Richie anak Jeri, 23, dikurung di dalam sebuah rumah yang dikawal ketat.

Menceritakan pengalaman tersebut, Rimban berkata, mereka pada mulanya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat pembalakan di negara itu pada Disember tahun lalu dengan gaji RM1,500.

Bagaimanapun, ujarnya, pembayaran gaji dihentikan pada bulan Mac dan mereka dikurung di dalam sebuah rumah tanpa sebab.

"Rumah itu dikawal oleh seorang warga tempatan yang berbadan besar dan bersenjatakan parang," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini semalam.

Rimban berkata, semasa ditahan, mereka terpaksa makan pucuk daun, ubi kayu dan buah pinang muda yang ditemui di sekitar rumah untuk mengalas perut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: