Monday, May 16, 2011

Shahir tolak cinta Rozita



“Saya dan Rozita memang berkawan rapat tapi belum sampai tahap bercinta lagi,” kata Shahir tatkala di aju mengenai hubungan sebenar antara dia dan aktres Rozita Che Wan.

Menurut Shahir, 22, dia senang untuk berkawan dengan Rozita kerana sikapnya yang baik serta disenangi semua pihak.

Malah penyanyi Luar Biasa ini tidak mahu jalinan persahabatan yang baik antara dia dan Rozita digembar-gemburkan.

“Bila saya kawan dengan perempuan orang kata saya bercinta, bila kawan dengan lelaki orang kata saya ini suka kaum sejenis pula.

“Sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bercakap soal cinta, apatah lagi merancang untuk berkahwin, saya masih muda,” tegasnya.

Menyentuh tentang pengakuan Rozita yang mengatakan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengannya, Shahir berkata mungkin pengakuan itu telah disalah ertikan.

“Mungkin dia maksudkan dia selesa berkawan dengan saya dan tidak salah pun dia mengaku baik dengan saya. Cuma ia sepatutnya tidak digembar-gemburkan.

“Saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan. Saya bimbang nanti, dari terjalinnya ukhuwah yang baik bertukar kepada putusnya silaturahim,” pintanya.



Tak suka keluarga diganggu



Sementara itu Shahir meminta agar tiada lagi mana-mana pihak yang menghubungi ibu dan bapanya untuk mendapatkan apa-apa kenyataan.

Menurut Shahir, dia kasihan melihat keluarganya yang turut diseret setiap kali cerita mengenainya terpampang di akhbar.

“Ada kalanya mereka mendesak supaya ibu saya memberikan kenyataan meskipun ibu saya enggan. Kemudian bila terpampangnya kenyataan dari ibu saya, ada pula pihak yang mengatakan saya menggunakan keluarga sebagai benteng.

“Saya kesal sebenarnya bila perkara itu terjadi. Bila ia melibatkan saya, cari saja saya dan saya akan cuba memberi kerjasama.

“Lagipun keluarga saya tidak pernah masuk campur dengan urusan kerja saya. Mereka cuma memberi sokongan kepada saya saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: