Sunday, May 15, 2011

Setiap hari telefon & SMS Stacy


PADA 11 Jun nanti Akim dan Stacy akan menghangatkan pentas konsert di pusat beli-belah Jusco Setiawangasa, Kuala Lumpur, sempena kempen Lafazkannya Dengan Stail Cornetto.


LEBIH senang bercerita mengenai perkembangan kerjaya seni tidak bermakna Akim enggan melayan sebarang soalan berkaitan peribadi terutama kisah cintanya.Sebaliknya dia meletakkan dirinya yang baru berusia 20 tahun untuk berusaha gigih membina kerjaya. Sesudah menjangkau usia yang sesuai barulah dia berani untuk berbicara soal cinta, katanya.

Itulah sikap Akim yang semakin ligat membina nama di persada hiburan. Terbaru, dia bakal melahirkan sebuah album berjudul Mesti Ada Cinta.

"Apa yang menarik, dalam album ini, saya bakal berganding tenaga vokal bersama Fiq.

"Akhirnya, saya dapat berkolaborasi dengan Fiq yang mempunyai vokal mantap. Rakaman sudah siap dan mungkin akan berada di pasaran pada Jun ini," akuinya.

Sementara itu, pada 11 Jun nanti Akim dan Stacy yang dipilih sebagai duta aiskrim bagi kempen Lafazkannya Dengan Stail Cornetto yang dijangka akan menghangatkan pentas konsert di pusat beli-belah Jusco Setiawangasa, Kuala Lumpur.

Acara turut diadakan di Johor Bahru pada 18 Jun yang mengenengahkan Tomok, Awi Rafael, Tilu, Sofaz dan Black.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: