Sunday, May 8, 2011

‘Saya tidak berlagak’ –RamonaZamzam



Entah di mana silapnya, bekas fi nalis Dewi Remaja 2010/2011, Ramona Zamzam, 21, yang baru sahaja berjinak dalam bidang seni, kini berdepan kontroversi hebat.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Ramona dikatakan bersikap kekwat dan ‘demanding’ dalam segala hal. Malah suka memburuk-burukkan artis lain di lokasi penggambaran.

Sebagai orang baru, tentu sekali laporan seperti ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej Ramona. Tampil mempertahankan diri, Ramona berharap kenyataannya dalam Zass, Sinar Harian dapat meleraikan segala kekusutan.


Sejauh mana kebenaran mengenai artikel ‘Ramona Zamzam berlagak?’ yang dilaporkan sebuah akhbar mingguan?
RAMONA : Sejujurnya Ramona memang terkejut dengan artikel terbabit kerana secara tidak langsung memburukkan nama Ramona. Apatah lagi Ramona masih baru dan tidak pernah terlintas untuk bersikap buruk seperti dikatakan. Ramona sendiri pelik bagaimana nama Ramona boleh dikaitkan dengan cerita-cerita sebegini padahal Ramona tegur semua orang di dalam set.


Apa reaksi teman dan keluarga bila mengetahui tentang artikel itu?
RAMONA : Ainul Aishah ada menghubungi Ramona sebaik sahaja dia membaca artikel itu dan dia juga
terkejut. Ainul juga mempersoalkan sikap orang yang menyampaikan cerita itu kerana jelas dia telah memburukkan Ramona.

Tapi Ramona bersyukur kerana mereka tidak mudah percaya dan memberi sokongan pada saya.


Apa nasihat Ramona pada si penyebar fitnah?

RAMONA : Siapa yang mengenali Ramona, mereka tahu Ramona macam mana. Ramona bukan seorang yang berlagak, sombong. Tapi sebagai perempuan, ada limit yang Ramona harus jaga.
Ramona mohon maaf, jika Ramona ada guris hati sesiapa sahaja.

Jadi bagaimana cerita ini boleh tersebar? Ramona tahu siapa dalangnya?
RAMONA: Ramona bukan mahu menuduh sesiapa, kalau benar mereka terasa dengan Ramona, Ramona mohon maaf. Ramona masih baru, jika Ramona buat salah, Ramona tidak kisah dikritik.
Ramona tahu siapa yang menyampaikan cerita. Tapi Ramona tidak mahu membesarkan cerita.


Boleh Ramona jelaskan apa sebenarnya berlaku?
RAMONA : Macam inilah, kalau benarlah semuanya gara-gara Ramona kerap menolak pelawaan seorang krew yang selalu ajak Ramona keluar, Ramona mohon maaf pada dia. Ramona perempuan, tak manis rasanya Ramona keluar ke sana sini dengan orang yang baru kita kenal. Ramona tidak kisah berkawan, tetapi ada hadnya. Susahlah, terlalu baik pun orang akan kata, tak melayan pun orang kata. Jadi Ramona berserah sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: