Saturday, May 14, 2011

‘Saya bukan kaki skodeng’

Azharudin Ramlee
Azharudin Ramlee

KUALA LUMPUR: “Tolonglah hentikan tohmahan yang mengatakan saya ini kaki mengintip atau mengendap orang mandi...kenapa perlu wujudkan isu yang tidak pernah saya buat dan tidak pernah saya tahu,” kata pelakon baru, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramlee, 27.

Dia menolak dakwaan tidak berasas yang mengatakan dia ‘gemar’ mengintip pelajar lelaki mandi di hostel Universiti Sains Malaysia (USM).


Dia yang baru hari ke-5 mengikuti latihan praktikal di Istana Budaya terkejut sejurus dihubungi wartawan Harian Metro mengenai dakwaan itu dan menafikan dia ‘kaki skodeng’’ di tandas asramanya.

“Tolong jangan perbesarkan isu yang tidak pernah saya buat ni... tolonglah jangan memfitnah saya sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara itu,” katanya.


Menurutnya, perkara itu memang tidak berasas dan menganggap tohmahan sedemikian sebagai cabaran kepadanya ketika baru menceburi dunia lakonan.


Arja Lee yang masih mengikuti pengajian di USM kini bingung kerana banyak tohmahan timbul selepas dia bergelar artis sedangkan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya tidak faham mengapa orang mahu memfitnah saya sedangkan saya tidak buat perkara sedemikian rupa...tolonglah jaga hati dan perasaan keluarga saya,” katanya.


Katanya, dia yang sudah dua tahun mengikuti pengajian di USM tidak pernah berhadapan masalah itu berharap keadaan kembali seperti sediakala.Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai Azri, dia diintai pelakon ‘Anu Dalam Botol’ itu sewaktu mandi di tandas asramanya.


Katanya, kejadian yang berlaku di sebuah kolej di USM itu kini menjadi bahan bualan di kalangan pelajar sejak penghujung April lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: