Monday, May 2, 2011

REM FC tekad pertahan kejuaraan


SEBAHAGIAN pemain pasukan REM FC yang akan beraksi mempertahankan gelaran juara pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! di Putrajaya pada 26 hingga 29 Mei ini.


PUTRAJAYA – Juara bertahan kategori Terbuka Wanita Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu, pasukan REM FC nekad mahu mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut.

Ketua pasukan REM FC, Anies Maizura Ibrahim, 27, berkata, pasukan itu akan menurunkan empat pasukan terkuat mereka bagi memastikan dapat merebut tiga tempat teratas pada kejohanan kali ini yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 untuk juara kategori tersebut.

“Tahun lepas kami muncul juara bagi kategori Terbuka Wanita dan kami ternanti-nanti dengan kedatangan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! tahun ini bagi memperta- hankan gelaran juara.




“Kami yakin tidak akan berdepan masalah untuk mempertahankan kejuaraan itu kerana sejak awal tahun lagi prestasi pasukan kami pada tahap terbaik apabila muncul sebagai juara pada beberapa pertandingan futsal,” katanya ketika ditemui pada kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 di Kompleks Futsal 1Malaysia di sini semalam.

Anies Maizura berkata, meskipun demikian dia tetap menjangkakan kejohanan pada kali ini agak sengit kerana pasti ada pasukan yang mahu menebus kekalahan masing-masing tahun lalu.

“Banyak pasukan pasti mahu menebus kekalahan mereka pada perlawanan tahun lalu. Apa pun kita tidak takut, sebaliknya bersedia menyahut cabaran sama ada pasukan berpengalaman atau pasukan baru.

“Malah kami kini pada prestasi terbaik dan tidak sabar untuk memberi tentangan sengit kepada lawan di gelanggang yang telah membawa tuah sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: