Wednesday, May 4, 2011

Pesona mutiara Laut Selatan


Set mutiara putih tidak pudar dek zaman.


MUTIARA sememangnya cukup serasi dengan wanita kerana nilai keindahannya yang tinggi. Daripada rantai, cincin, gelang dan subang membawa kepada aksesori lain seperti kerongsang dan butang baju, kilauan mutiara bagaikan tidak pudar dek zaman.

Memahami minat wanita terhadap mutiara tidak mungkin surut, DeGem, jenama unggul dalam industri perhiasan dan rias diri, sekali lagi menampilkan koleksi mutiara terbaru bertema hitam dan putih.

Pesona mutiara Laut Selatan menawan dan elegan dengan kolaborasi rekaan-rekaan moden.

Pengarah Eksekutifnya, Stephen Choong berkata, Degem yang beroperasi sejak dua dekat lalu cuba untuk mengubah persepsi masyarakat tentang mutiara.

“Koleksi pada tahun ini pasti menggamit nostalgia dengan penggunaan tema yang menampakkan rekaan lebih kreatif dan menarik,”katanya.

Katanya, turut ditampilkan koleksi Earth yang bagai mahu memberi nafas baru dalam penghasilan barangan kemas.

Koleksi ini sebagai penghormatan terhadap sambutan Hari Bumi Sedunia dengan penggunaan elemen-elemen semulajadi.

Antaranya, loket berbentuk bumi, cincin bermotif pokok dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: