Monday, May 9, 2011

Mangsa rangkaian sosial

KEGILAAN kepada rangkaian sosial membawa kepada semua perkara dipaparkan di status laman sosial, sama ada peribadi, kegiatan harian atau pun tugasan pejabat semuanya boleh menjadi luahan.

Terdapat aduan yang mendakwa akaun mereka diceroboh. Setiap hari serangan yang digunakan semakin canggih, sukar dikesan dan disasarkan kepada 'gaya hidup dalam rangkaian'.

Menurut tinjauan global yang dijalankan oleh TNS, rakyat negara ini mempunyai paling ramai kawan di laman sesawang rangkaian sosial dengan purata 233 kawan.

Mereka juga menghabiskan kebanyakan masa melayari laman sosial berbanding e-mel dengan purata sembilan jam seminggu.

Ketika rakyat mengilai rangkaian sosial, kajian mendapati peningkatan jenayah siber sebanyak 89 peratus bermula Januari sehingga Jun 2010 dengan 2,991 kes dilaporkan berbanding 1,525 kes pada tahun sebelumnya.

Ini mungkin disumbangkan oleh pengguna Internet yang semakin meningkat dan kajian menunjukkan pengguna Internet mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Kajian yang dijalankan oleh Norton Cybercrime Report (NCR) 2010 mendapati 83 peratus rakyat dewasa menjadi mangsa jenayah siber terutama yang melibatkan virus komputer, penipuan kad kredit dalam talian dan kecurian identiti,

Laporan State of Spam and Phishing bagi Symantec pada Februari 2010 mendedahkan 92 peratus scam phishing bagi rakyat dewasa biasanya berlaku pada laman sesawang seperti Facebook dan Twitter di antara 20 laman sosial di negara ini.

Kekurangan kesedaran dan dengan bertambahnya ancaman kod di mana pengguna tanpa sedar klik ke link yang membawa kepada muat turun dan menyebabkan memberikan maklumat peribadi.

Di negara ini terdapat beberapa profil di laman sosial yang melibatkan ahli politik seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Laman rangkaian sosial menggabungkan dua faktor yang menjadikan sasaran mudah bagi aktiviti jenayah atas talian bilangan pengguna yang ramai dan paras kepercayaan yang tinggi.

Disebabkan laman rangkaian sosial semakin lama semakin penting, tekanan mendapat kawan juga semakin tinggi.

Di sesetengah tempat, penerimaan sosial amat penting berdasarkan bilangan kawan dalam laman rangkaian sosial.

Ada yang mengatakan, lebih ramai kawan dalam talian menjadikan seseorang itu lebih popular.

Sementara itu eksploitasi jenayah siber seperti persekitaran yang dipercayai bagi mencuri maklumat peribadi bagi penipuan akaun kewangan.

Jenayah siber juga menggunakan mesej atau aplikasi pihak ketiga yang tulen bagi mendapatkan maklumat peribadi pengguna.

Beberapa ancaman yang tersebar melalui aplikasi pihak ke tiga termasuk mengesan cookies, virus dan aplikasi palsu.

Disebabkan semua link berkenaan kelihatan seperti sumber tulen, serangan berkenaan sangat berjaya.

Terdapat banyak laman sesawang yang menawarkan peralatan menipu bagi "permainan sosial", biasanya ia akan berakhir dengan mencuri kata laluan dan beberapa maklumat peribadi lain.

Terdapat yang membolehkan akses kepada semua maklumat dalam akaun pengguna, malah menghantar status pada dinding kawan-kawan tanpa pengetahuan pengguna.

Disebabkan pengguna mendedahkan maklumat peribadi yang signifikan pada laman berkenaan, penjenayah siber boleh menggunakan teknik kejuruteraan sosial bagi menipu pengguna.

Misalnya cecacing Koobface mengganggu laman sesawang sosial dan menggunakan teknik mengoptimumkan enjin carian bagi membawa mangsa ke tapak penipuan.

Serangan lain melibatkan tinjauan palsu yang memerlukan pendapat pengguna bagi satu satu laman rangkaian sosial bagi mendapatkan hadiah.

Dan setelah habis tinjauan dilakukan, pengguna akan disambungkan ke laman yang meminta maklumat peribadi bagi mendapatkan hadiah.

Apa yang boleh dilakukan bagi mendapatkan pengalaman rangkaian dalam talian lebih selamat?

Di sini terdapat beberapa petua bagi mendapatkan rangkaian dalam talian:

n Elak memberikan terlalu banyak maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon mudah alih dan tarikh lahir.

n Pastikan anda membaca, memahami dan meletakkan paras keselamatan bagi akaun dalam talian.

n Pastikan URL milik jenama laman rangkaian sosial

n Taip nama domain laman sesawang terus pada bar alamat perayauan dan bukan klik pada mana-mana link.

n Labur dalam perisian yang komprehensif, terkini dan berbayar yang termasuk peralatan mengenal pasti link yang tidak selamat pada laman sesawang sosial. Misalnya Norton 2011 memberikan rating tertinggi, terpantas dan terkini dalam pengesanan ancaman dalam talian, Norton Freen Eraser yang direka khusus bagi mensasar dan menghapuskan antivirus palsu dan aplikasi scareware.

n Lindungi diri anda dengan Norton Safe Web for Facebook yang mengimbas berita terbaru dalam Facebook bagi memastikan link berkenaan sentiasa selamat.

n Lihat post anda. Disebabkan cetakan digital kekal selamanya, sentiasa pastikan apa yang anda tulis kerana ia boleh dibaca oleh semua orang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: