Monday, May 2, 2011

Kerjasama HTC, Maxis

KINI terdapat pelbagai alat komunikasi mudah alih antaranya iPhone, iPad, telefon android dan Blackberry yang memberikan pelbagai kelebihan dan pilihan kepada pengguna.

Terkini, peneraju global dalam inovasi dan reka bentuk mudah alih, HTC Corporation bersama-sama pembekal perkhidmatan komunikasi mudah alih, Maxis Berhad (Maxis) menjalinkan kerjasama dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjadikan Maxis pembekal perkhidmatan mudah alih pertama secara eksklusif menawarkan peralatan pintar HTC kepada pelanggan.

Pada majlis menandatangani MoU antara Maxis dan HTC baru-baru ini , Timbalan Presiden HTC Corporation Asia, Jack Tong menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai lembaran baru dalam hubungan mereka dengan Maxis yang akan membawa inovasi besar kepada pasaran telefon pintar di negara ini.

"Kami percaya Maxis dan HTC akan terus menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif dan peralatan yang akan meningkatkan pengalaman mudah alih bagi pengguna di negara ini dan menjadikan mereka menyukai telefon pintar," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke berkata, kerjasama kedua-dua pihak bermula tahun lalu semasa Maxis bersama-sama HTC menjadi yang pertama menawarkan pelanggan HTC Desire, Desire Z, Wildfire, HTC HD7 dan HTC 7 Mozart.

"Kami gembira untuk menguar - uarkan kerjasama dengan HTC bagi memastikan pelanggan akan terus menjadi yang pertama dan tunggal di negara ini menikmati HTC terkini.

"Ia merupakan kebanggaan HTC Desire dengan Gingerbread OS dan HTC Flyer iaitu tablet pertama HTC yang akan berada di pasaran,'' ujarnya.

Selain itu, pelanggan Maxis juga akan menikmati kelebihan yang sama dengan model-model HTC yang lebih inovatif seperti HTC Wildfire S, HTC Cha Cha dan HTC Salsa.

Maxis akan terus memberikan peralatan yang canggih kepada pelanggan bagi membolehkan mereka menikmati keperluan dan perubahan gaya hidup.

Pengalaman mereka akan dapat meningkatkan lagi keperluan jalur lebar bagi membolehkan mereka menikmati rangkaian data mudah alih berkelajuan tinggi.

Maxis juga merupakan yang pertama membawa pengalaman telefon pintar ke negara ini, membenarkan melayari laman web dengan mudah bagi tugasan dan hiburan dari tapak tangan.

Selain itu, pelanggan Maxis juga menikmati pelbagai peralatan android di pasaran negara ini.

Serentak dengan majlis tersebut, HTC turut melancarkan HTC Flyer terkini dan HTC Desire S dengan kerjasama Maxis di Kuala Lumpur.

HTC Desire S mudah dikenali dengan reka bentuknya yang nipis selain lapisan aluminium bagi memudahkannya digenggam dengan rasa selesa.

Dengan dua kamera di depan dan belakang, perakam video definisi tinggi dan paparan 3.7 inci WVGA, HTC Desire S menampilkan kandungan multimedia menarik bagi kepuasan pelanggan.

HTC Desire eksklusif hanya dengan Maxis dan terdapat di semua pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis serta pelanggan Maxis.

Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM500 pada harga runcit RM1,799 apabila mereka mendaftar bagi pelan data (hadir dengan pakej 500MB, 1.5GB dan 3GB).

HTC Flyer dengan kemasan aluminium, ultra-ringan, padat dan mudah dimasukkan di dalam poket, skrin tujuh inci pemprosesan pantas 1.5Ghz dan keupayaan HSDPA+ tanpa wayar amat sesuai bagi mereka yang mahukan tablet yang kompak dan berkuasa.

HTC Flyer pula boleh dibeli secara eksklusif di pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis dengan harga runcit RM2,499 dan Maxis akan memperkenalkan pakej baru dengan HTC Flyer Tablet.

Dengan rebet yang besar pelanggan akan dapat memiliki HTC Flyer pada harga semurah RM199 apabila mendaftar dengan pelan pilihan dan akan menjimatkan sehingga RM2,300 atau lebih 90 peratus harga runcit.

Maklumat lanjut akan diumumkan pada 12 Mei di laman sesawang www.maxis.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: