PADA 31 Mac yang lalu genap 10 tahun Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. bertapak di negara ini.
Selama 10 tahun itu juga peminat seni fotografi negara ini dihidangkan dengan pelbagai jenis teknologi serta kamera.
Sempena dengan itu juga, Nikon telah mengumumkan penubuhan Kelab Nikon Malaysia pada sambutan ulang tahun Nikon di kompleks membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menyedari begitu ramai peminat produk keluarannya, Nikon kembali meraikan ulang tahun penubuhannya di Malaysia bersama-sama peminat.
Menurut Pengurus Besar Nikon Malaysia, David Ng, penubuhan kelab tersebut merupakan tanda penghargaan mereka kepada pengguna produk Nikon yang setia selama ini.
"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengguna kami kerana tanpa anda tidak mungkin Nikon dapat dinobatkan sebagai jenama nombor satu negara selama enam tahun berturut-turut," ujarnya.
Malah, penubuhan Kelab Nikon Malaysia adalah merupakan sebuah kelab khas yang menawarkan pelbagai aktiviti buat pemilik produk Nikon.
Antara aktiviti yang ditawarkan kepada ahli kelab tersebut adalah perkongsian maklumat dan pengalaman sesama peminat kamera Nikon.
Mereka juga berpeluang meluahkan pengalaman serta aduan terhadap produk Nikon malah berpeluang memiliki kamera Nikon yang diminati.
Malah pelbagai lagi aktiviti telah dirangka oleh Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. buat peminat produknya yang menyertai kelab tersebut.
Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2001 dan selama ia beroperasi telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang.
Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilakukan, jenama Nikon telah terpahat kukuh dalam setiap hati peminat gajet yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.
Malah, pusat sehenti Nikon yang terletak di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur juga merupakan antara pusat servis kamera dan perkhidmatan yang terbesar di negara ini.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Nikon di www.nikon.com.my manakala maklumat lanjut berkenaan kelab tersebut layari laman web www.nikonclub.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: