Tuesday, May 3, 2011

Kalki kahwin tak jemput orang


KALKI bersama tunangnya, Anuraq Kasyhap.


AKTRES Kalki Koeehlin berkata, dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini dengan mengahwini pengarah filem, Anurag Kashyap, namun tetap merahsiakan tarikh perkahwinannya.

“Ya, kami memang akan berkahwin tahun ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa mengenai tarikhnya kerana apabila anda bakal mengahwini seorang bintang, ia sukar untuk mencari tarikhnya,” ujar Kalki yang memberitahu mereka bertunang pada bulan Januari lalu.

Memberitahu hanya akan mengadakan majlis yang sederhana berkonsepkan tradisional India Utara di rumah ibu saya di Ooty, dia dengan tegas mengatakan: “Saya tidak akan menjemput sesiapa. Majlis itu hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja dijemput. Tapi kami akan adakan majlis resepsi nanti.”

Aktres tersebut memberitahu dia akan memakai sari tradisional berwarna putih dan merah dan Anurag pula akan memakai dhoti tradisional pada majlis tersebut nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: