Sunday, May 15, 2011

Jelitawan hitam manis




TANPA diduga, gadis yang memiliki raut wajah manja dan cantik ini rupanya begitu petah berbahasa Melayu dan Inggeris ketika membincangkan masa depan dan kerjayanya, membuatkan dia kelihatan lebih matang daripada usianya.

Dengan gaya ringkas dan bersahaja, Anna Syuhada Rifin, 24 kelihatan memiliki kecantikan semula jadi tanpa calitan solekan.

Menjadikan model sebagai kerjayanya, hari ini selepas empat tahun bergiat secara sepenuh masa dalam dunia modeling, Anna boleh berpuas hati dengan pencapaiannya.

Masakan tidak, selain menjadi model tetap Andrew Models, Anna kini membuktikan pencapaiannya apabila dinobat sebagai pemenang Andrews Models Most Promising Catwalk ketika Pencarian Model Estee Lauder 2010.

Siapa menyangka, pembabitan secara suka-suka akhirnya membuatkan wanita hitam manis ini jatuh cinta kepada bidang model. Malah tahun ini menjadi tahun paling sibuk bagi dirinya.

"Alhamdulillah... rezeki saya di sini. Tak sangka, sekadar hobi kini bidang ini menjadi bidang yang saya cintai. Perjalanan saya juga lancar dalam dunia model ," kata 'kaki internet' ini.

Menetapkan tekad menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, Anna turut menyimpan cita-cita berjaya di peringkat antarabangsa.

“Saya ini kuat melancong. Macam-macam tempat nak pergi. Syukur, sejak bergelar model, saya sudah ke beberapa tempat menarik termasuk Singapura, Korea dan Indonesia.,” ujarnya yang memiliki ketinggian 175 sentimeter.

Menyedari sepak terajang sebagai model, Anna bertuah kerana banyak mendapat bimbingan daripada agensi model Andrew malah dia juga lebih senang mengamalkan sikap terbuka menerima teguran dan nasihat.

Malah tegas Anna, fokus utamanya kini adalah untuk membina karier sekali gus menaikkan standard modeling tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: