Festival lagu islamik 2011 dijadualkan akan berlangsung di Dewan Planery, KLCC, 30 April dan 1 Mei ini telah mengejutkan peminat yang tak sabar menontonnya. Apatah lagi ada yang sudah menempah tiket. Sebilangan artis dari Indonesia, USA, Perancis, Jerman, Australia, Afrika Selatan dan lain- lain sudahpun tiba di Malaysia. Malah masing- masing teruja dan tak sabar untuk mengadakan persembahan semasa ditemui pada majlis sudang media di Kuala Lumpur pada 27 April lalu. Kesemua teruja di atas sebab mahu bersatu dalam menyampaikan mesej yang baik kepada pendengar. Namun, ada yang mendakwa penganjuran itu satu penipuan kerana dewan Planery tidak menerima tempahan untuk mengadakan konsert. Ada peminat yang tidak berpuas hati menulis status di laman sosial mengatakan penganjur tersebut pernah menimbulkan masalah sama sebelum ini. "Kalau sudah dua kali menipu sepatutnya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan orang itu menganjurkan acara lagi," kata seorang pengomen difacebook. Mereka juga melahirkan rasa sedih kerana hasrat murni artis nasyid seluruh dunia tidak kesampaian malah menjadi mangsa penipuan.
"Saya sudah menarik diri bila nampak ada masalah dengan penganjuran. Saya hanya berurusan untuk mempromosi sahaja," jelas Aida. Pelakon dan pengacara, Wardina juga menyatakan kekesalannya dengan sikap penganjur melalui laman sosial Facebook miliknya. |
Sunday, May 1, 2011
Festival Islamik 2011 Dibatalkan, Penganjur Buat Hal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: