Semua tahu bagaimana payahnya kehidupan orang Islam di Amerika yang hanya kumpulan minoriti sahaja. Sementelah bila orang sana asyik mengaitkan Islam dengan keganasan dan perang. Empat anak muda dari California Selatan menerusi kumpulan Noor menggunakan muzik sebagai satu medium untuk melembutkan mereka serta memberitahu dunia akan keindahan Islam. Sekarang mereka sudah nampak kesan baiknya daripada usaha itu. "Memang saya tak nafikan masih ramai orang Amerika yang takut didekati orang Islam kerana mereka sering mendapat gambaran salah pasal Islam. Bagi yang tak faham akan mengaitkan Islam dengan keganasan, menjadikan wanita sebagai hamba seks dan sebagainya."Mereka tidak pernah tahu pasal Islam, jadi apa sahaja gambaran pasal orang Islam sebagaimana yang dipaparkan dalam media akan membawa pandangan mereka ke arah negatif," kata anggota kumpulan Noor, Tarik Jalanbo kepada Mangga Online. Sebab itu lirik yang mereka tulis dalam lagu-lagu yang dirakam lebih kepada isu umum seperti menceritakan keindahan alam, berbuat baik sesama insan, selepas perang ada damai, Islam sukakan kedamaian dan lain-lain yang boleh diterima oleh orang bukan Islam juga. "Kami tak tulis lagu pasal hukum hakam atau dosa pahala, kerana ia payah diterima oleh orang bukan Islam," kata Tarik yang berdarah Syria itu. Persembahan mereka pernah ditonton oleh orang bukan Islam juga. Malah ada yang datang kepada mereka untuk bertanya pandangan mereka pasal sesuatu isu berkaitan orang Islam."Ada seorang wanita pernah datang kepada kami dan mengatakan pendangannya bahawa orang wanita sering dijadikan hamba seks dalam Islam. Bila saya jelaskan kepada mereka, barulah mereka faham yang tanggapan mereka selama ini salah. "Kami berusaha membuatkan mereka selesa dengan lagu-lagu kami. Dengan cara itu mereka boleh mendengarnya. Bila dikekati, kami akan menerangkan kepada mereka keindahan ajaran Islam," tambah Tarik lagi. Noor adalah salah sebuah kumpulan yang akan mengadakan persembahan sempena Festival Lagu Nasyid di Plenary Hall, Pusat Konvensyen KLCC pada 30 April dan 1 Mei ini. Festival itu menggabungkan artis dari seluruh dunia termasuk Afrika Selatan (Zian Bhikha), Indonesia (Debu dan Opick), Perancis (La Rappel dan Khalid Belrhouzi), Australia (The Brothahood) dan Brazil (Ziryab). Turut muncul Fez Meghni & Aftab Ali (Amerika), Bennami (UEA), Khaleel Muhamad (UK), Native Deen (Amerika), Budi (Jerman), Aashiq al-Rasul (UK) serta Yassin dan kumpulan Brothers dari Malaysia. Tiket berharga RM353, RM253, RM153 dan RM103 boleh ditempah di ticketcharge.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-92228811.
Baru lancar album baru Noor baru mengeluarkan album baru berjudul A New Day Begin. Album pertama mereka dipasarkan pada tahun 2006 berjudul All For You. Antara lagu mereka ialah All For You, Endless Bounty, Return To Him, Our Call, Guidence dan banyak lagi. Selain Tarik, kumpulan yang dianggotai oleh lelaki berdarah Syria itu diterajui oleh Muneer, Bassen dan Mehdi. Mereka ditubuhkan secara tidak dirancang."Cara penubuhan kamu sangat unik. Pada mulanya kami bersatu untuk mengadakan persembahan dalam majlis melibatkan komuniti Islam di tempat kami di California Selatan. Pada masa itu kami masih bersekolah. "Selepas itu banyak pula pihak yang memanggil kami mengadakan persembahan walaupun kami bukan lagi bergelar artis. Daripada situlah kami menubuhkan kumpulan Noor. Kami mencipta lagu dan menulis lirik dalam album kami," jelas Tarik. Album mereka akan dijual pada hari persembahan nanti. Mereka juga menjual album melalui Internet melalui laman web mereka, www.noorification.com. |
Sunday, May 1, 2011
Cara Noor elak islamofibia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: