Monday, May 16, 2011

Coffee Classic tambah 200 francaisi mobil



Coffee Classic (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera terlibat dalam industri makanan di Malaysia optimis menambah francaisi mobil kepada 200 orang menjelang hujung tahun ini.

Pengurus Serantau Jabatan Pembangunan Francaisinya, Mohd Rizal Mohamed Zawawi berkata, Coffee Classic menerima lesen menjalankan perniagaan secara francais sejak pertengahan November tahun lalu.

“Sehingga kini, Coffee Classic mempunyai kira-kira 50 francaisi mobil di seluruh negara. Malah, tahun ini Coffee Classic ingin memberi lebih perhatian dalam menambahkan francaisi mobil.

“Modal permulaan untuk menjadi francaisi mobil adalah RM36,000 termasuk bayaran yuran permulaan, yuran francais, dan kursus akan disediakan. Modal ini rendah jika dibandingkan dengan perniagaan francaisi lain,” katanya.

Rizal berkata, menjadi francaisi Coffee Classic adalah pilihan tepat memandangkan perniagaan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan mengguntungkan.

“Antara kelebihan ba-kal diperoleh bimbingan daripada francaisor untuk mendapatkan jualan sehingga ratusan ribu ringgit, pembiayaan daripada institusi kewangan termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNS), dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank).

“Jika francaisi ingin membuat pinjaman lain, segala dokumen, dan kertas kerja akan disediakan pihak francaisor untuk memudahkan urusan francaisi. Francaisor akan membantu francaisi dalam segala aspek,” katanya.

Menurutnya, setiap tahun francaisi akan di bawa ke luar negara untuk lawatan sambil belajar,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: