Monday, May 9, 2011

Bogouedivas sedia beraksi gagah


PASUKAN Bogouedivas berjanji memberi aksi hebat bagi menentang pasukan-pasukan lain pada Kejohanan Rentap Futsal di Putrajaya akhir bulan ini.


KUALA LUMPUR - Meskipun tanpa sentuhan jurulatih, pasukan Bogouedivas bertekad untuk memberi saingan sengit pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! pada 26 hingga 29 Mei ini.

Pengurus pasukan, Khaliqah Azmi berkata, pengalaman menyertai beberapa kejohanan 'kecil' sebelum ini memberi kelebihan kepada pasukan itu untuk bergelar juara dalam kategori Terbuka Wanita.

"Kami mengasah bakat dan kemahiran para pemain dengan menyertai sebanyak mungkin kejohanan yang diadakan di sekitar Subang dan Shah Alam.

"Dari situ, kami belajar mengenai teknik dan taktikal dalam permainan futsal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bogouedivas terdiri daripada pelajar kolej dan universiti yang merupakan kenalan lama dan baharu Khaliqah yang dikumpul melalui penyertaan pertandingan.

Pada penampilan kali ini, mereka akan mendaftar dua pasukan iaitu Bogouedivas A dan Bogouedivas B.

Lebih menarik, katanya, pasukan itu dibentuk sejak dia belajar di tingkatan tiga bersama kembarnya, Khaliq Azmi.

Jelas Khaliqah, mereka tetap meletakkan harapan yang tinggi walaupun menyedari persaingan yang bakal dihadapi.

Pantang menyerah sebelum berlawan, Khaliqah dan rakan pasukan merangka strategi menghadapi perlawanan melalui bantuan kawan-kawan yang pernah menyertai kejohanan besar.

"Pada latihan setiap Khamis, saya telah mengenal pasti beberapa ayam tambatan yang berpotensi menggegarkan gol lawan.

"Biarpun mereka bukan pemain mana-mana kelab futsal terkemuka, kami yakin akan dapat memberi tentangan," tegasnya.

1 comment:

  1. tentang kapten khaliqa azmi...sila view ni..

    http://awek-impian.blogspot.com/2011/11/awek-cun-cerah-gebu-tetek-ranum-body.html#more

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: