![]() |
| AHMAD SHABERY melayan kanak-kanak ketika mempromosi program Himpunan Sejuta Belia di Ayer Keroh, Melaka semalam. |
MELAKA – Golongan belia di seluruh negara disaran supaya mengambil kesempatan untuk menyertai pelbagai program yang disediakan sempena Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 220 acara disediakan untuk disertai oleh para belia sepanjang program tersebut berlangsung meliputi acara berbentuk kesukanan, kecergasan, kreativiti, kesenian serta aktiviti kerohanian.
“Program yang disediakan seperti ini memberi peluang kepada mereka (belia) untuk memadam tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan itu yang gemar terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: