Wednesday, May 25, 2011

Adila buka bisnes cuci kereta

TERUS MARA...Adila muncul dengan single terbaru, 'I Love You'.
TERUS MARA...Adila muncul dengan single terbaru, 'I Love You'.

PERNAH menghasil�kan dua album dan menimba pengalaman menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), aura penyanyi Nas Adila Mohd Dan masih belum menyerlah.

Mesra dipanggil Adila, penyanyi berusia 24 tahun ini sedar kedudukannya ketika ini dalam industri hiburan tempatan hampir sedekad bukan lagi zamannya.

  • Foto

    AKTIF...Adila bersyukur masih terima jemputan persembahan pentas.

  • Foto

    BELAJAR...Adila mahu meluaskan pengalaman lakon.

Kehadiran bakat baru seolah-olah membuatkan Adila tenggelam dan dilupakan. Namun, Adila menyatakan dia tidak putus asa, sebaliknya terus menyanyi atas dasar minat dan ia masih menjadi punca pendapatannya.

Adila berkata, dia gembira kerana peminat masih me�nyokong karier seninya.


Malah, dia bersyukur rezeki mengadakan persembahan pentas tidak putus.


“Menjelang 28 hingga 29 Mei nanti, saya akan terbabit membuat persembahan sempena acara Himpunan Sejuta Belia anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan di Presint 2, Putrajaya.

“Menariknya, salah satu persembahan saya nanti akan diiring pemuzik cak lempong. Boleh dikatakan setiap bulan saya masih mendapat pelbagai jemputan persembahan pentas.

“Ada juga penganjur yang mengajak saya jadi juri pertandingan dan ketika ini ia seperti musim apabila mendapat banyak jemputan.

“Saya bersyukur dan beruntung kerana peminat dan penganjur masih tidak lupakan saya. Malah, saya gembira apabila setiap hujung minggu ada persembahan.

“Begitu juga, sambil me�nyanyi saya masih mempromosi single baru saya, I Love You. Sebenarnya, respons peminat terhadap lagu ini cukup positif, tetapi saya terkilan apabila segelintir stesen radio enggan putarkan kerana masalah lirik bercampur bahasa Inggeris,” katanya.

Dalam kesibukan memenuhi undangan diterima, Adila tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada akhbar harian nombor satu, Harian Metro ketika menjayakan acara Mini Konsert sempena Candat Sotong di Pulau Warisan Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu.

Adila yang tampil membuka persembahan menyampaikan dua singlenya, Bidadari Syurga dan I Love You termasuk Pesta Muda Mudi dan Matahariku.

Katanya, dia masih memberi fokus utama pada bidang nya�nyian walaupun sudah berjinak-jinak dengan lakonan sejak dua tahun lalu.

“Sejak dulu, saya lebih minat menyanyi. Namun, saya sentiasa ingat pesan artis lama, kita harus bersedia bila zaman berubah.

“Untuk itu, saya mula menjalankan perniagaan cuci kereta, Green Cleen Car Wash yang beroperasi di Kompleks Automobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

“Sejak dua bulan beroperasi, sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup meng�galakkan. Mulanya sebelum buka tempat ini, saya terfikir apa perniagaan yang sesuai kerana saya mahu pendapatan harian.

“Saya fikir jika hendak buka restoran, ia susah kerana perlu fikir bermacam-macam aspek seperti tukang masak. Lalu, saya terfikir perniagaan cuci kereta lebih mudah kerana ramai pakai kereta, tetapi tidak mempunyai masa mencucinya.

“Ada ketika apabila pelang�gan ramai, saya juga turun padang bantu mencuci dan melakukan kerja menggilap kereta. Sejak kebelakangan ini, saya lihat ramai pelanggan yang datang berulang kali ke sini.

“Saya sendiri pentingkan kualiti dan mungkin atas faktor itu, pelanggan saya selesa datang semula ke sini. Jika ada rezeki, saya berhasrat membuka cawangan lain selepas ini,” katanya.

Mengenai lakonan, Adila terbabit membintangi drama baru, Yoyong arahan Mior Hashim Manap dan skrip asal, Idrees Abdul Wahab.

Drama sebanyak 13 episod untuk siaran RTM ini menyaksikan Adila membawa watak utama sebagai ibu yang mempunyai anak iaitu Yoyong.

“Ini pertama kali saya bawa watak ibu. Bagi saya, ia tidak sukar, tetapi saya banyak belajar dengan abang Mior bagaimana menghayati watak dengan berkesan.

“Pengalaman menjalani penggambaran selama 12 hari di sekitar Ulu Yam, Hulu Langat dan Lembah Klang termasuk bergandingan bersama Raja Azri yang menjadi ‘suami’ saya, suatu yang menarik.

“Begitu juga, saya berhasrat untuk kembali berlakon teater dan filem jika ada peluang,” katanya yang tidak sabar menantikan filem baru lakonannya bersama Fizo Omar, Hello ditayangkan.

Menyentuh soal peribadi, Adila tidak berselindung dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurusnya sendiri, Ridzuan (Redz).

Katanya, dia selesa bersama Redz sejak menguruskan aktiviti seninya dua tahun lalu.

“Ramai peminat saya yang tahu saya dengan Redz, pasa�ngan kekasih. Perasaan cinta antara kami berlaku secara tidak sengaja apabila kami sama-sama terbabit dalam bidang ini.

“Saya juga rasa selamat apabila Redz menemani saya ketika mengadakan persembahan. Kami sebenarnya belum membuat perancangan berkahwin tetapi jika boleh, kami mahu ia dilangsungkan pada tahun ini.

“Hubungan kami diketahui keluarga kedua-dua pihak dan saya fikir kahwin cepat lebih baik untuk elak pandangan negatif masyarakat jika kami selalu bersama.

“Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya fikir apa yang penting adalah menjaga bentuk badan agar terus kelihatan cantik. Jika boleh saya mahu terus kahwin kerana saya fobia bertunang lagi,” katanya yang pernah putus tunang dua tahun lalu.




PROFIL

NAMA: Nas Adila Mohd Dan
NAMA KOMERSIAL: Nas Adila
ASAL: Johor Bahru
UMUR: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 20 September 1986
STATUS: Bujang
PROFESION: Penyanyi, pengacara dan pelakon
ALBUM: Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006)
FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak dan Hello
DRAMA: Intan Asmara, Cahaya Deepavali, Menantu 3 Rasa dan Yoyong
PROGRAM TV: Agro Challenge
TEATER: Kita (2010)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: