Tuesday, July 13, 2010

Mayat bayi ditemui dalam semak


POLIS membawa keluar mayat bayi yang dijumpai di dalam semak di Taman Perling, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Satu mayat bayi lelaki berusia empat hari ditemui di semak berhampiran sebuah rumah di Jalan Camar 15, Taman Perling di sini semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui di dalam beg plastik oleh anggota polis hasil maklumat orang awam pada pukul 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, bayi lelaki itu dipercayai dibuang selepas dilahirkan.

"Eoran penemuan mayat bayi ini, polis telah menahan dua wanita warga Indonesia berusia 22 dan 27 tahun di sebuah rumah iaitu 50 meter dari tempat kejadian.

"Dipercayai salah seorang daripada wanita ini adalah ibu bayi berkenaan," katanya.

Tambah Ruslan, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala dua wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sementara itu, seorang penduduk yang merupakan jiran suspek, Zainal Madon, 57, berkata, dia jarang bertemu dua wanita itu dan kali terakhir berjumpa adalah dua bulan lalu.

"Saya tidak tahu pula seorang daripada mereka mengandung dan melahirkan anak sebab jarang berjumpa tetapi mereka ramah dengan jiran-jiran," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: